Friday, November 21, 2014

Keropok Ikan Asli Terengganu (Keropok Keping)



Kunjungan anda ke Terengganu tidak lengkap tanpa membeli Keropok Ikan / Keropok keping untuk dibawa pulang sebagai kudapan keluarga atau sebagai hadiah / souvenir kepada jiran-jiran.

Keropok keping merupakan hasil proses daripada keropok lekor yang dipotong nipis dan kemudiannya dikeringkan. Kemudiannya, keropok keping ini dijual dalam pek-pek 500gram atau 1kg.

Keropok keping ini perlu digoreng dalam minyak panas pada api sederhana sehingga kembang dan bertukar warna. Sedap dihidangkan pada waktu petang sebagai hidangan minum teh atau kudapan dengan sos cili sebagai pencicah. Atau dihidangkan bersama masakan seperti nasi goreng dan mee goreng pada waktu pagi dan malam.


Kami di Homestay Ummi juga ada menjual Keropok Keping Asli Terengganu yang sedap.

Harga ialah RM22 / kg dan boleh didapati di Homestay Ummi, Pekan Bukit Payong, Terengganu.





No comments:

Post a Comment