Thursday, October 2, 2014

Jeti Marang untuk ke Pulau Kapas & Gemia


Sekiranya anda ingin bercuti ke Pulau Kapas dan Gemia, anda perlu menaiki bot di Jeti Marang.

Pulau Kapas merupakan pulau peranginan yang terkenal di negeri Terengganu selain Pulau Redang dan Perhentian. Keindahan dan kedamaiannya jugalah yang telah menarik minat jejaka dari England yang kini dikenali sebagai Mat Dan untuk terus menetap di sana. 

Sekiranya anda peminat sukan mencabar, Batu Singa di Pulau Kapas terkenal dengan pemandangannya yang memukau.

Batu Singa di Pulau Kapas

Perairan sekitar Pulau Kapas ini adalah destinasi utama mencandat sotong ketika musimnya, sekitar Mac - Ogos setiap tahun. 

Aktiviti mencandat sotong yang popular di Pulau Kapas


Homestay Ummi ke Jeti Marang

Jarak Homestay Ummi di Bukit Payong ke Marang adalah lebih kurang 16km melalui Jalan Bukit Kor (Jalan Negeri T171) yang mengambil masa kira-kira 15-20minit perjalanan.



Mengenai Homestay Ummi Bukit Payong

Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.


Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll. 

Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu. 

Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Cendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, Kampus Baru UMT Bukit Kor dan lain-lain lagi.

Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan, sila hubungi
014-650 6416 / 09-6193319

No comments:

Post a Comment