Kemudahan di Homestay Ummi
Untuk memastikan keselesaan anda ketika menginap di sini, Homestay Ummi dilengkapi kemudahan seperti berada di rumah sendiri. Kami juga sentiasa menambahbaik dan mempertingkatkan kemudahan-kemudahan ini dari masa ke masa.
Antara kemudahan yang terdapat di Homestay Ummi adalah:
- Ruang rehat yang selesa dengan sofa, kerusi, set TV LED + Njoi
- Ruang makan dengan set meja makan untuk 8 orang dan kerusi tambahan juga disediakan
- Dapur kering yang lengkap dengan peti sejuk 2 pintu, pinggan mangkuk, sinki dan sebagainya
- Dapur basah yang lengkap dengan dapur memasak, periuk, kuali, sinki basuhan dan lain-lain
- Bilik tidur yang dilengkapi katil dan tilam yang bersih dan selesa, serta almari pakaian dan cermin.
- Penyaman udara (aircond) di bilik tidur utama
- Halaman rumah yang mendamaikan dengan pelbagai pokok buahan dan tanaman hiasan.
- Peralatan BBQ (atas permintaan - sila maklumkan kepada kami sekurang-kurangnya 2 hari sebelum check in)
* Check in awal & check out lewat adalah bergantung kepada keadaan dan kosongan
+ Untuk perkhidmatan ini, sila maklumkan (pre-book) sekurang-kurangnya 3 hari sebelum check in
Perkhidmatan
Selain daripada pelbagai kemudahan yang disediakan, kami turut menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan tambahan sekiranya diperlukan, seperti:
- Pengangkutan dan sewaan kenderaan sama ada pandu sendiri atau dengan pemandu
- Tempahan katering makanan tradisional Terengganu seperti nasi dagang, keropok lekor, kuih muih tradisional dan sebagainya.
- Lawatan ke tempat-tempat menarik.
- Pakej memancing & mencandat sotong.
- dan lain-lain lagi.
Sila berhubung dengan kami untuk maklumat lanjut dan tempahan sekurang-kurangnya 7 hari sebelum check in.
No comments:
Post a Comment