Bersesuaian dengan slogan kami, Mesra & Selesa; Homestay Ummi menawarkan penginapan yang selesa untuk anda sekeluarga. Layanan mesra dari proses pertanyaan, tempahan sehingga daftar masuk dan daftar keluar adalah antara faktor tetamu kami memilih Homestay Ummi.
Mesra
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi kami melalui panggilan atau Whatsapp di talian 014-650 6416 / 09-619 3319. Sebarang pertanyaan akan kami jawab dengan kadar segera dan lengkap untuk memudahkan anda merancang percutian dan perjalanan.
Sebagai panduan untuk ke homestay, anda boleh menggunakan app seperti Google Maps dan Waze dengan mencari (search) katakunci Homestay Ummi Bukit Payong
Lokasi Homestay Ummi pada applikasi Google Maps |
Selesa
Homestay Ummi pada asalnya bukan dibina sebagai homestay, tetapi sebagai rumah kediaman. Jadi segala kemudahan adalah untuk keselesaan tetamu kami. Berbeza dengan homestay-homestay lain yang terletak dalam kawasan perumahan, homestay kami adalah rumah banglo sebuah dengan halaman yang luas, untuk privasi dan keselesaan anda.
Ruang Tamu yang selesa untuk bersantai bersama keluarga |
Halaman Homestay Ummi yang luas untuk parking dan bersantai |
Ruang TV dilengkapi dengan TV LED dan saluran Astro Njoi |
Katil besar (Queen) di setiap bilik |
Testimoni tetamu |
Untuk kemudahan dan keselesaan anda bersantai, Homestay Ummi turut memiliki kemudahan kerusi taman di halaman kami yang turut dilengkapi payung besar untuk teduhan hujan dan panas.
Kerusi taman untuk bersantai |
Rumah banglo setingkat yang menawarkan privasi dengan halaman luas dikelilingi pokok buah-buahan menghijau. Lengkap dan selesa dengan aircon, kipas siling, WiFi, TV satelit, dapur lengkap dan ruang bersantai bersama keluarga.
Sesuai untuk rombongan merisik, meminang, bertandang, nikah, kahwin, kenduri di sekitar Kuala Terengganu, Marang, Bukit Payong, Padang Midin, Cendering, Kedai Buloh, Atas Tol, Wakaf Tapai, Ajil, Kuala Berang, Pengadang Baru, Rawai, Tebakang, Bukit Sawa, Binjai Rendah, Taman Safiah Murni dll.
Lokasi yang sentral sebagai penginapan pilihan anda untuk melawat destinasi pelancongan seperti Pasar Payang, Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Masjid Terapung, Muzium Negeri, Pantai Batu Buruk, Kompleks Kraf Nur Arfa Batik, Air Terjun Sekayu, Tasik Kenyir, Pulau Kapas, Pulau Redang dan banyak lagi tarikan negeri Terengganu.
Juga terletak hampir dengan Kem PLKN Padang Kachong, Kolej TESDEC, Kolej Universiti UCSI, Kolej Pendidikan Cendering, Akademi Bomba Wakaf Tapai, Kampus Baru UMT Bukit Kor dan lain
No comments:
Post a Comment