Tuesday, July 15, 2014

Kehijauan Pohon Sekeliling Homestay

Walaupun terletak di tengah-tengah kepesatan pembangunan Pekan Bukit Payong, Homestay Ummi masih dikelilingi kedamaian dan kehijauan pepohon merimbun yang menenangkan.

Apabila tiba musim buah, tetamu boleh memetik sendiri buah rambutan dan manggis yang terdapat di halaman Homestay Ummi. Antara tumbuhan lain yang ditanam adalah pokok kelapa muda, pokok delima, tanaman herba dan pelbagai tumbuhan hiasan.

Homestay Ummi Bukit Payong Terengganu dikelilingi kehijauan alam dan pokok buah-buahan merimbun ranum apabila musim buah-buahan tibaPokok manggis di halaman rumah Homestay Ummi di mana tetamu boleh memetik sendiri buah-buahan yang terdapat di sini


Salah satu dari pokok rambutan di Homestay Ummi Bukit Payong yang sedang berbuah ranum merah rambutan anak sekolahPokok kelapa muda di Homestay Ummi Bukit Payong Marang terengganu



















Halaman Homestay Ummi ibarat taman dalam kebun, dan kebun dalam taman dengan pelbagai tumbuhan yang turut dilengkapi kemudahan kerusi meja konkrit untuk berehat di waktu petang.











No comments:

Post a Comment