Apabila bercuti atau melancong, kebiasaanya kita akan mencari tempat penginapan yang selesa untuk persinggahan sementara sekeluarga. Jika dahulu kita biasa memilih untuk menginap di hotel, namun trend masa kini adalah untuk menginap di homestay atau rumah persinggahan.
Jadi, apakah kelebihan utama menginap di homestay berbanding hotel?
- Ruang tamu dan bilik yang lebih luas dan selesa.
- Dapat memuatkan lebih ramai orang dalam sebuah rumah berbanding hanya sebuah bilik jika menginap di hotel.
- Harga sewa jauh lebih murah berbanding di hotel.
- Mempunyai dapur dan peralatan untuk memasak.
- Suasana kekeluargaan dan seperti berada di rumah sendiri.
Untuk harga yang sama anda bayar untuk 1 bilik hotel, anda boleh mendapat sebuah rumah 3-bilik yang jauh lebih selesa dan murah!
Kelebihan lain:
- Homestay Ummi terletak di kawasan mendamaikan dikelilingi kehijauan pohon buah-buahan merimbun dan tumbuhan hiasan yang menenangkan - kunjungi kami semasa musim buah-buahan dan nikmati rambutan dan manggis percuma, segar dari pokok!
- Parking di halaman rumah, tak perlu bersusah-susah menaiki tangga/lif untuk ke kereta
- Pelbagai kemudahan seperti tempat BBQ yang tidak terdapat di hotel
- Layanan peribadi dan mesra sebagai tetamu, bukannya pelanggan.
No comments:
Post a Comment